Bayi 8 Bulan Teruk Digigit Di Taska Kajang |
Hati ibu bapa yang mana tidak sedih bila anaknya jatuh sakit,lagi-lagi
di taska,lagi menyakitkan hati penjaga taska tidak info apa-apa kejadian
semasa berlaku. Mybe takut atau gabra kot!!
Seorang wanita telah berkongsi beberapa gambar anak saudaranya digigit
teruk di bahagian badan sehingga meninggalkan kesan lebam dan gigitan
yang kelihatan agak mengerikan sejak hari Selasa yang lepas.
Dayang,
memuat naik gambar Riha, bayi berusia 8 bulan itu di laman Facebooknya
yg tidak dapat menerima alasan kecuaian yg tidak masuk akal dari
pihak taska berkenaan.
“Sedihnya
rasa bila dapat gambar-gambar ini dari Angah petang tadi. Sian Riha
kena gigit kat nursery. Tak salahkan budak yg menggigit itu tapi mana
pergi pengasuh pada masa itu?
“Alasan
‘tak perasan’, kalau satu je yg kena gigit bolehlah juga pakai alasan
itu tetapi kalau dah banyak macam ini, maknanya bukan sekali kena
gigit.
“Semasa
Riha meraung-raung, diorang buat apa ye? Biar je la kot? Nasib baik
anak saudara Makteh yang seorang ini kuat. Dari time ambil kat nursery
sampai sekarang tak ada menangis atau mengamuk. Walaupun luka di pipi
itu agak dalam juga, kita yg tengok pun terasa pedih,” kata Dayang
menerusi akaun Facebook peribadinya.
Adik Riha telah dihantar ke nursery Imtiaz Aulad yang beralamat di No 2, Jalan Impian Putra 2/2, Taman Impian Putra, Kajang.
Menurut
Dayang, pengasuh memberikan alasan ‘tidak perasan’ akan insiden yang
berlaku pada adik Riha kerana pada ketika itu pengasuh berkenaan sedang
membuat susu untuk bayi lain. Pengasuh itu juga memaklumkan bahawa adik
Riha telah digigit oleh seorang kanak-kanak yang lain berusia setahun
lebih.
Kejadian
yang menimpa si kecil menyebabkan bapanya berang dengan pihak taska dan
hampir membakar taska berkenaan namun dihalang oleh ibu bapa yang juga
menghantar anak ke taska itu tanpa mengetahui punca sebenar kejadian.
Pemilik taska pula sehingga semalam tidak dapat dihubungi dan masih tidak memberikan sebarang jawapan mengenai kejadian itu.
Pemilik
taska Imtiaz Aulad itu menyatakan kes yang menimpa adik Riha tidak
boleh dilaporkan kepada pihak polis berikutan tiada hitam putih yang
mengatakan bayi itu telah didaftarkan di taskanya.
“Owner
boleh cakap yang kitorang tak boleh buat report sebab takde hitam putih
baby ni daftar kat situ. Tetapi kami ada simpan resit bayaran. Polis
cakap itu pun sudah cukup sebagai bukti kitorang memang hantar baby kat
situ.
“Sombong betul owner
taska tu. Tak ada sepatah pun minta maaf, terus hentam kitorang macam
itu je,” katanya yang kesal dengan sikap sombong pemilik taska tersebut.
adik
Riha juga telah dihantar ke taska yang baru. Ibu bapa mangsa telah
membuat laporan di balai polis serta aduan ke Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) sebelum membawa mangsa menjalani pemeriksaan di
hospital dan kini menunggu hasil siasatan pihak berkenaan.
Sumber
0 Response to "SUBHANAALLAH!! "ALASAN TIDAK PERASAN ".. Bayi 8 Bulan TERUK Di GIGIT Di TASKA! "
Post a Comment