Seorang wanita Sarawak, Marjorie Abdullah tidak dibenarkan menghadiri
majlis graduasi anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di
Shah Alam kerana memakai seluar, lapor sebuah portal berita.
“Saya tidak sepatutnya memakai seluar, tetapi kerana saya berada di
Sarawak dan tidak melihat kad jemputan yang mencatatkan kod berpakaian
kerana ia ada pada anak saya. Jadi mereka tidak benarkan saya masuk dan
tidak terima alasan saya,” katanya.
Menerusi paparan itu, wanita yang bergambar bersama anaknya, Nadia dan
tunangnya, Marjorie menulis:”Anak saya dan tunangnya juga enggan
menghadiri majlis graduasi mereka kerana marah saya dilayan sedemikian.”
Malahan, wanita itu juga memberitahu lagi bahawa mereka bertiga
kemudiannya menikmati hidangan sushi yang enak untuk makan tengahari
selepas tidak dibenarkan masuk untuk majlis itu.
”Terima kasih kepada semua yang prihatin, kami keluar dan menikmati
sushi yang enak, manakala rakan-rakan anak saya mengirim khidmat pesanan
ringkas menerusi telefon menyatakan mereka bosan menunggu giliran nama
dipanggil dan perlu bertepuk dengan sopan,” katanya.
Wanita itu juga menambah, mungkin kerana jari kakinya yang tidak ditutup
menjadi antara sebab dia tidak dibenarkan untuk menghadiri konvokesyen
anaknya
sumber :sport musang
0 Response to "Inilah PUNCA UTAMA Kenapa IBU Ini "DIHALAU" Dari Majlis GRADUASI Anak !! "
Post a Comment