Mangsa dikatakan akan menghubungi suspek berusia 42 tahun itu datang ke
rumahnya untuk melakukan hubungan s-eks ketika ketiadaan ibu bapanya di
rumah.
Bagaimanapun, kelicikan lelaki terbabit terbongkar selepas ditangkap ibu bapa mangsa sendiri.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata,
ketika kejadian ibu bapa wanita berkenaan keluar rumah jam 1 tengah
hari dan meninggalkan anaknya sendirian di rumah.
"Pada jam 3.30 petang, ibu mangsa yang pulang pergi ke bilik mangsa.
Bagaimanapun, terkejut selepas mendapati seorang lelaki menyorok di
belakang pintu.
"Apabila ditanya kepada anaknya, dia mengaku lelaki berkenaan meraba
seluruh badannya. Bapa mangsa yang tidak berpuas hati kemudiannya
membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, mangsa turut dibawa untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit.
"Siasatan awal mendapati, mangsa sudah beberapa kali mengadakan hubungan
s-eks bersama lelaki berkenaan ketika ibu bapanya tiada di rumah,"
katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - thehypemedia.com
0 Response to "BAHANA MEDIA SOSIAL!! GADIS MUDA JADI PEMUAS NAFSU RAKAN INTERNET"
Post a Comment