Adakah anda
percaya atau tidak di negara Rusia terdapat sebuah kilang yang
beroperasi untuk memproses mayat. Tetapi itulah hakikatnya di mana
kilang tersebut sememangnya wujud di dunia ini dan aktif memproses organ
mayat-mayat yang tidak dituntut.
Namun, lebih
mengejutkan apabila kilang yang terletak di Rusia ini akan mencuri buah
pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian tubuh mayat untuk dijual.
Hasil jualan organ itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka bagi
membiayai gaji kakitangan yang menguruskan operasi kilang tersebut.
Kilang ini
kelihatan sangat ngeri di mana mayat-mayat akan dihimpunkan dalam satu
bilik dalam keadaan berselerak dan seolah-olah tidak berharga lagi.
Mayat-mayat tersebut hanya dibiarkan terlentang di mana-mana saja
sebelum operasi membedah untuk mengeluarkan organ dilakukan.
Suasana seperti
ini sungguh kejam bukan? Pastinya kilang ini dipenuhi dengan bau-bauan
yang kurang enak!. Dan tidak mustahil juga menjadi kilang paling
menyeramkan di dunia.
Sudah semestinya
keberanian, semangat yang kuat serta memiliki hati yang keras untuk para
pekerja yang berada di kilang itu. Jika lemah semangat mana mungkin
mereka mampu untuk memproses mayat-mayat tersebut.
Mayat-mayat
tersebut sebenarnya (mangsa) adalah mayat-mayat yang dikutip daripada
pemandu mabuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, orang yang
tinggal bersendirian dan mati kesejukan, penjenayah yang ditembak mati
dan mayat-mayat yang tidak dituntut oleh ahli keluarga. Malah, golongan
kanak-kanak juga turut menjadi sasaran mereka.
Seterusnya,
selain daripada organ-organ dalaman beberapa bahagian badan juga akan
dijual kepada beberapa universiti di seluruh dunia. Tulang pula akan
dieksport kepada farmasi di Ireland manakala negara Jerman membeli
tulang-temulang manusia itu untuk membuat gigi tampalan.
Namun, bukan
hanya Rusia, negara India juga dikatakan mempunyai kilang yang serupa
iaitu untuk memproses organ-organ manusia untuk eksport. Mungkin juga
kerana bilangan penduduk yang ramai maka mayat-mayat sering tidak
dituntut atau gagal disempurnakan dengan baik.
Tidak mustahil
juga jika ada ahli keluarga yang menjual mayat kerana tidak mampu untuk
mengadakan majlis pengebumian. Hal ini terbukti kerana terdapat
mayat-mayat dibiarkan hanyut di Sungai Gangga begitu sahaja kerana tidak
mampu diuruskan oleh ahli keluarga.
Oleh yang
demikian, berhati-hatilah andai kita berada di luar negara kerana
pelbagai ancaman boleh terdapat di mana-mana malah tidak mustahil juga
berlaku di negara sendiri. Elakkan berjalan berseorangan terutamanya
pada waktu malam khasnya kaum wanita malah tidak mustahil berlaku kepada
lelaki juga.
Kredit : Blog erk! macam macam
0 Response to "Siapa Sangka, Wujudnya KILANG Yang MEMPROSES Mayat DIRUSSIA Yang MENGERIKAN.. [JANGAN TENGOK JIKA ANDA TIDAK BERANI]"
Post a Comment