BEIJING - Tembelang seorang lelaki yang bermain cinta dengan 17 orang
wanita pecah apabila kesemua kekasihnya itu datang ke hospital serentak
setelah dia terlibat dalam kemalangan.
Lelaki berusia dalam lingkungan 30'an itu juga turut mempunyai seorang anak dengan salah seorang kekasihnya itu.
Yuan, berasal dari Changsa, Hunan dikejarkan ke hospital selepas
terlibat dalam kemalangan dengan kecederaan yang tidak beberapa serius.
Kekantoian itu mengejutkan kesemua teman wanitanya dan juga kakitangan
hospital apabila mengetahui bahawa kesemua wanita terbabit adalah
kekasih Yuan.
Xiao Li, salah seorang teman wanita Yuan mengaku telah menjalinkan hubungan selama satu tahun setengah dengannya.
"Selepas mendapat berita dia terlibat dalam kemalangan, saya tidak
berhenti-henti menangis kerana terlalu risau. Namun, apabila saya
melihat semakin ramai gadis jelita muncul di hospital, air mata saya
terus kering," katanya.
Setelah mengetahui tembelang lelaki itu, Xiao Li menubuhkan group online
bagi kesemua 17 wanita itu dan mendapati Yuan turut menjadikan beberapa
teman wanitanya itu sebagai sumber pendapatannya setiap bulan.
Malah, seorang wanita juga turut mengaku telah membantu Yuan dari segi kewangan selama 9 tahun.
Wang Fang, yang mempunyai anak dengan Yuan berkata, walaupun tidak lagi
mencintai Yuan, namun kasih sayang terhadap anak mereka tidak pernah
pudar.
Seorang lagi mangsa, Xiao Ting berkata, Yuan adalah jodohnya dan mereka sudah mula merancang untuk berkahwin.
Reaksi netizen di negara itu pula berbeza apabila ada yang memuji serta
mengagumi kehebatan Yuan dna mengkritikan 17 wanita terbabit kerana
tidak bijak menghidu tembelang Yuan.
sumber : thehypemedia
0 Response to "Lelaki Ini Kantoi Selepas Terlibat Dalam Kemalangan Apabila Mempunyai 17 Orang KEKASIH! "
Post a Comment