Sebaik dimuatnaik, beliau dikecam kerana bajunya yang ketat dilihat tidak sesuai untuk dipaparkan di laman Instagram seperti itu.
Beberapa ketika selepas itu, gambar Nora diubahsuai dengan membuatkan bahagian dadanya tidak terlalu jelas kelihatan.
Menerusi media, Nora tampil menjawab isu gambar berkenaan dan mengatakan bahawa dia memakai bra jenis “push up”.
“Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up- bra?” katanya.
Selain mencetus kontroversi, ada peminat Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Haniff, 32 tahun telah melakukan edit untuk memperlihatkan payudaranya kelihatan lebih besar.
Gambar itu kemudiannya menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.
“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.
“Gambar itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata Nora.
Saiful Apek Pun Terkedu Koleksi Seluar Dalam Maria Farida!
Nampaknya artis kita khususnya yang wanita sudah semakin maju dan laju ke depan dari segi peragaan fesyen mereka yang pelbagai dan bermacam-macam gaya.
Selain kemajuan dan peka mengenai fesyen, para artis ini juga semakin berani memaparkan fesyen mereka di laman sosial antara yang paling kerap digunakan ialah Instagram.
Selain fesyen seksi, kini ada artis wanita Malaysia yang berani menayangkan foto bikini koleksi mereka kepada pengikut setia dan lebih parah, seperti mahu peminat memilih bikini mana yang lebih sesuai.
Itulah yang dilakukan oleh aktres jelita Maria Farida yang bingung untuk memilih bikini mana yang sesuai untuk dipakai di laman sosial itu.
“Can’t decide which one..hmmm (tak tau hendak pilih yang mana.. hmm),” kata Maria.
Gambar berkenaan turut membuatkan artis pelawak terkenal Saiful Apek yang hanya menggunakan rangkaian ikon emosi untuk membalas kapsyen dari Maria itu.
Rasanya, tidak perlu Maria sebagai seorang artis Melayu tanpa segan silu memuatnaik gambar itu kemudian seperti memberi peluang kepada para peminatnya memilih bikini mana.
Sudah pastinya, dengan kecantikan yang dimiliki Maria, ramai pengikut lelaki yang terbeliak biji mata dek kerana muatnaik ini yang betul-betul mencabar minda mereka.
Jika ada pula lelaki yang memberi komen yang agak melampau, tahu pula mereka melenting dengan menuduh lelaki seperti itu gila seks dan sebagainya.
Agak-agak lepas ni, Maria muatnaik pula gambarnya memakai bikini yang dipilih? Sumber: Mynewshub.my
SP: Tak tau nak kata apa lagi dengan artis-artis wanita Malaysia. Nampak sangat tiada 'ilmu' di dada. Bukannya buah dada ye pembaca sekalian..huhu
sumber : sp.com
0 Response to "Aduhai NORA DANISH, Seluar Dalam MARIA FARIDA!! Buat Saiful Apek TERKEDU!!"
Post a Comment