Ramai Yang Tidak TAHU Model SUPER S3KS! Ini Sebenarnya Adalah LELAKI




Jangan mudah tergoda atau terpedaya dengan kemolekkan tubuh dan paras cantiknya ,kerana lima model wanita ini sebenarnya adalah lelaki . Namun, disebabkan satu dua perkara mereka memilih bertukar menjadi seorang wanita yang tak kalah memikat ! 
Transjender , merupakan sebutan bagi mereka yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi apabila dewasa mengubah penampilan persis seperti seorang wanita . Sehingga sukar membezakan antara model wanita sebenar dan yang bukan . Sebab mereka sama ramping , berwajah jelita & sensual seperti supermodel wanita yang lain . 
Kalau korang masih tidak percaya ,jom tengok lima model transjender yang berjaya mencapai kejayaan sebagai model catwalk masa kini... Cuba perhatikan dengan teliti , secara mata kasar boleh kah korang mengenal pasti bahawa mereka bukan seorang wanita ??


ANDREJ


Berasal dari Australia , Andrej dikenali sebagai model androgini ( seorang lelaki berpenampilan bak wanita ) dan popular kerana talentanya berpose untuk koleksi busana dua jantina , yakni wanita dan lelaki . Pada Januari tahun 2011, Andrej diamanahkan oleh Jean - Paul Gaultier dan Marc Jacobs untuk memeragakan fesyen pada lini wanita dan lelaki , di Paris Fashion Week .
Hal lain yang menarik , dalam laman models.com , pada tangga top 50 model lelaki , dirinya berada pada urutan ke - 18 . Namun , menurut hasil undian majalah FHM , Andrej ada pada urutan ke - 98 sebagai 100 model wanita paling seksi di dunia .
LEANDRO CEREZO

Dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981 , model kelahiran Brazil ini sudah malang melintang menekuni kerjaya di dunia fashion , yang menurut beberapa orang merupakan industri yang kejam dan dangkal . Bukan perkara yang mudah bagi Lea untuk berjaya meraih pengiktirafan sebagai model transjender . 
Tetapi , melalui usahanya yang memakan masa hingga menahun , sekarang Lea dikenali sebagai salah satu model yang diambil kira dan menjadi muse untuk seorang perancang fashion kelas atas , Givenchy .
ISIS KING

Rakyat Amerika dan pelbagai negara di dunia , mengenal Isis melalui acara televisyen pencarian model berbakat , America 's Next Top Model , di pusingan 11 . Walaupun sebelumnya telah berkarier sebagai model selama tujuh tahun , tetapi program TV bekas supermodel Tyra Banks ini , merupakan batu loncatan yang indah bagi Isis . Kerana, walaupun tidak keluar sebagai pemenang , namun kehadirannya sebagai model transjender pertama pada acara tersebut , telah membuat pemerhati dan pelaku industri mode mengenalinya .
Model kelahiran Maryland dengan nama Darren Walls di tahun 1985, atas sokongan dan permulaan dari Tyra , serta melalui kepakaran perubatan Dr Marci Bowers , telah berjaya melakukan pembedahan organ pembiakan pada tahun 2007 lalu .



SAMMY


Lebih dikenali dengan nama pentas , Sammy , berjaya terpilih sebagai Miss International Queen di tahun 2011 . Model asal Thailand yang menurut para juri pertandingan tersebut mempunyai peribadi yang menarik , super dan berwawasan luas ini , kerap kelihatan diatas pentas peraga pereka ternama di Bangkok .
CHAMILA


Kelahiran Sri Lanka yang juga merupakan salah satu finalis pada pertandingan kecantikan , Miss International Queen Pageant , sekarang ini masih berjuang merintis karier sebagai seorang model pendatang baru

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ramai Yang Tidak TAHU Model SUPER S3KS! Ini Sebenarnya Adalah LELAKI"

Post a Comment