KLUANG - Susulan dari kes gadis 'Econsave' maut dibunuh oleh bekas tunangnya di depan pasar raya itu, tunang mangsa tampil meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Mohd Fahmi Muskin, 21, sedih namun terpaksa redha dengan pemergian
mangsa, Nursyafikah, 20, yang maut ditikam oleh bekas tunangnya di
tempat letak kenderaan, Jumaat lalu.
"Nursyafikah, wanita pertama hadir dalam hidup saya. Tetapi impian kami
untuk hidup bersalah telah dimusnahkan oleh pembunuhnya," katanya.
Fahmi terkilan dengan tragedi yang meragut nyawa tunangnya dan amat
berharap pembunuhnya ditangkap serta dijatuhkan hukuman segera.
Fahmi, pekerja kilang di Ulu Tiram berasa sedih kerana hasrat untuk
memperisterikan Nursyafikah pada September depan tidak tercapai selepas
mereka bertunang pada 15 Februari yang lalu.
“Walaupun kami baru bertunang kira-kira sebulan lalu, saya mengenali
Nursyafikah sejak enam tahun lalu menyebabkan kehilangannya amat
dirasai, apatah lagi dia wanita pertama hadir dalam hidup saya.
“Lebih menyedihkan mengenangkan beberapa hari sebelum kejadian, dia
meminta saya jangan sesekali meninggalkannya serta kerap meminta
dimaafkan jika ada yang menyakitkan hati saya sepanjang perkenalan
kami,” katanya.
Jelas Fahmi, walaupun sudah tiada ikatan, dia tetap akan terus berhubung
dengan keluarga Nursyafikah bagi memberikan sokongan kerana faham
dengan keadaan keluarga mangsa yang masih berada dalam keadaan sedih.
Sementara itu, pihak polis masih belum berjaya mengesan suspek semenjak
dari hari pertama kejadian. Bagaimanapun, polis akan terus mencarik
suspek menggunakan kepakaran yang sedia ada selain dari meminta
kerjasama masyarakat setempat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, Nursyafikah, pekerja
pasar raya Econsave maut ditikam di bahagian rusuk kirinya dengan pisau
pemotong sayur oleh suspek. Sebelum kejadian, dipercayai berlaku
perbincangan antara mangsa dengan suspek.
Lagi Gambar ... Jom Terjah !!
ReplyDelete>>> CLICK HERE !!<<<