OREGON – Seorang bapa dari sini telah melakukan kesilapan dan kecuaian
yang amat besar dalam hidupnya selepas tertinggal anak kecilnya didalam
kereta menyebabkan anaknya itu terpanggang seperti didalam sebuah oven.
Beliau telah terlupa menghantar anaknya yang berusia enam bulan, Jillian
Freier, ke pusat jagaan kanak-kanak sebeliknya meninggalkan anaknya itu
di bahagian belakang kereta dan terus masuk kedalam pejabatnya termasuk
melakukan aktiviti mesyuarat.
Joshua yang juga seorang jurutera komputer di sebuah syarikat pengeluar
cip terkenal, Intel, telah tertinggal anaknya selama 6 jam didalam
kereta dan hanya menyedari kejadian tersebut selepas dihubungi oleh
isterinya yang mengatakan telah dihubungi oleh pihak pusat jagaan kerana
tidak menghantar bayi tersebut hari itu.
Beliau yang baru teringat akan anaknya itu terus pergi mendapatkannya di
dalam kereta tetapi bak kata perpatah 'Nasi sudah menjadi bubur'.
Anaknya sudah tidak bernyawa lagi dan muka bertukar menjadi lebam
manakala mulutnya pula sudah berbuih.
Saya tidak tahu apa yang saya akan beritahu pada isteri dan anak lelaki
saya,” katanya selepas ditanya perasaannya sewaktu kejadian itu.
Menurut pakar yang membuat siasatan ketika baru sampai ke tempat kerja
suhu didalam kereta hanya 21 darjah celsius dan ketika pukul 2 petang
semasa Jillian ditinggalkan suhu didalam kereta mencecah 116 darjah
celsius.
Meskipun kejadian itu berlaku pada bulan Oktober tahun lepas namun nama bapa dan bayi malang itu hanya didedahkan hari ini.
Siasatan masih dijalankan tetapi Joshua tidak ditahan polis.
sumber : beritamy.com
0 Response to "SADIS!! Akibat Kecuaian BAPA, Bayi 6 BULAN "DI PANGGANG" Selama 6 JAM Didalam KERETA Dengan SUHU 116 Darjah Celsius!!"
Post a Comment