Wanita Mintak Cerai Selepas Seminggu Kahwin Kerana 'Pistol' Suaminya Terlalu Besar





NIGERIA: Walaupun baru seminggu mendirikn rumahtangga, seorang wanit yang dikenali sebagai Aisha Dannupawa telah memohon suaminya,Ali Maizinari, mencerai beliau kerana sudah tidak tahan lagi.

Aisha memohon cerai kerana tidak tahan melakukan hubungan intim dengan suaminya yang didakwa mempunyai zakar yang terlalu besar.

Beliau yang merupakan seorang janda anak tiga telah mengahwini Ali minggu lalu telah mengemukankan permohonan cerai di mahkamah syariah di bandar Zamfara.



Aisha memberitahu mahkamah sejak kali pertama mengadakan hubungn intim dengan suaminya dia telah terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat dan trauma untuk melakukannya lagi.

“Ia umpama mimpi ngeri. Saya sepatutnya menikmati malam pertama kami tetapi keadaan sebaliknya kerana zakarnya terlalu besar menyebabkan saya mengalami kesakitan,’’katanya.

Dia yang menahan kesakitan telah memaklumkan perkara ini kepada ibu mentuanya namun dia telah dipujuk dan diberi ubat tahan sakit namun ubat tersebut tidak berkesan menghilangkan rasa sakit itu.

“Kesakitan yang saya alami tidak tertanggung dan tiada ubat yang dapat menghilangkan keadaan berkenaan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ali tidak menafikan perkara berkenaan dan bersetuju untuk menceraikan Aisha, namun dengan satu syarat semua wang hantaran dipulangkan semula.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wanita Mintak Cerai Selepas Seminggu Kahwin Kerana 'Pistol' Suaminya Terlalu Besar"

Post a Comment