Sadis! Hanya Kerana Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah, Kanak-Kanak Ini Di Rotan Sebegini Rupa!

NANJING, CHINA - Gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah tambahan, seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dera ibu angkatnya.
Mangsa yang berusia 9 tahun itu difahamkan, gagal menyiapkan kerja sekolah tambahan yang diberikan oleh ibu angkatnya itu.
Akibatnya, mangsa dipukul dan dirotan teruk di bahagian belakang badannya sehingga meninggalkan kesan berbirat.
Lapor akhbar Nanjing Morning Post, seorang guru mangsa telah membuat laporan polis setelah melihat kecederaan di badan kanak-kanak malang itu.
Menurut mangsa, dia telah dipukul menggunakan paip, kayu dan turut didera dengan wap air panas serta dicucuk-cucuk dengan pen.

Gambar bahagian belakang badan mangsa yang cedera didera oleh wanita itu tersebar di laman sosial pada Jumaat yang lalu.


sumber : thehypemedia.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sadis! Hanya Kerana Tidak Menyiapkan Kerja Sekolah, Kanak-Kanak Ini Di Rotan Sebegini Rupa! "

Post a Comment