Padah, Tak pasal-pasal kene belasah sebab gambar berbeza dengan orang sebenar...


Gadis Dibelasah Sebab Gambar Berbeza Di Aplikasi WeChat


PUNAH harapan seorang lelaki warga China yang dikenali sebagai Huang apabila gadis jelita dan seksi yang 
dikenalinya menerusi aplikasi mesej WeChat tidak seperti yang diharapkannya.

Sudahlah kecewa dengan apa yang dilihatnya, dia juga bengang kerana telah menghabiskan beratus-ratus 
ringgit dan terbang beribu batu dari Harbin ke Suzhou untuk bertemu dengan gadis bernama Xiaojin itu.


“Itu memang gambar saya. Cuma saya memakai mekap dan membuat sedikit suntingan pada gambar itu,” 
jawab gadis itu ketika Huang menuntut penjelasannya.

Bagaimanapun, Huang tetap tidak berpuas hati sehingga bertindak memukul Xiaojin di khalayak ramai.

Akibatnya, gadis itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan terpaksa menerima rawatan.

Namun, kedua-duanya akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan perkara itu selepas pihak polis
 mengambil kenyataan daripada mereka.

Pengajarannya, lain kali buat panggilan video dulu sebelum buat keputusan nak bertemu.

Tak pasal-pasal frust menonggeng… 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Padah, Tak pasal-pasal kene belasah sebab gambar berbeza dengan orang sebenar..."

Post a Comment