Lelaki adalah makhluk Allah yang sangat unik. Begitu juga dengan wanita. Tak mustahil lah orang putih ada keluarkan pepatah lebih kurang Men from Mars and Women from Venus. Memang sangat berbeza perangai dua makhluk ni. Tapi perbezaan inilah yang akan melengkapi kelemahan masing-masing kan? Anyway, di bawah merupakan 20 perangai lelaki yang susah dimaafkan oleh wanita. Korang setuju tak ?
1. Si dia curang. Dia tidak pernah menghargai kekasihnya malah dia dengan sengaja menjalin hubungan cinta yang lain walaupun kekasihnya ada di sisi. Lelaki jenis ini sememangnya tidak tahu menghargai sesuatu yang bernilai. Mungkin dia akan lebih menghargai apabila kekasihnya pergi meninggalkannya. Baru dia tahu, langit itu tinggi atau rendah.
2. Dia sentiasa memerli bentuk badan kekasihnya. Mungkin kerana kekasihnya tidak memiliki bentuk badan yang menarik. Namun, dia tidak pernah sedar bahawa sekiranya dia menyintai dan menerima cinta kekasihnya itu, maka dia seharusnya menerima seadanya keadaan kekasihnya asalkan tidak memudaratkan kesihatan.
3. Si dia juga sering bercerita tentang perempuan yang berada di sekelilingnya yang suka mengganggu dirinya. Kononnya, perempuan-perempuan itu sentiasa mahu mengambil hatinya atau dalam erti kata lain, menawan hatinya. Namun, dia memberitahu kekasihnya bahawa dia hanya menganggap mereka sebagai kawan sahaja kerana dia sudah memiliki buah hati. Mungkin, si kekasih yang mendengar pengakuan tersebut berasa lega namun dia berulang-kali bercerita tentang perempuan di sekelilingnya dan jawapan yang akan diberikan ialah hanya kawan sahaja. Sungguh menjelikkan!
4. Lelaki yang suka mengambil kesempatan. Pantang melihat perempuan berdahi licin, pasti dia akan melihat dengan kusyuk walaupun kekasihnya itu berada di sisi pada waktu itu. Apatah lagi sekiranya perempuan yang berada di hadapannya itu mempunyai tubuh badan yang mengiurkan. Sah! Lelaki jenis ini memang mempunyai peratus yang tinggi untuk curang.
5. Si dia juga tanpa mempunyai perasaan segan turut memandang bahagian dada si kekasihnya tatkala kekasihnya tunduk ingin mengambil barang yang terjatuh. Malah, tangannya juga turut merayap dan meraba bahagian pinggul kekasihnya. Sungguh kurang ajar!
6. Dia langsung tidak ingat hari lahir kekasihnya. Malah, dia langsung tidak meminta maaf.
7. Sewaktu berbual dengannya, dia tersalah menyebut nama kekasihnya dengan nama perempuan lain. Hmm.
8. Dia tidak prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan kekasihnya sedangkan kekasihnya demam panas yang teruk. Sungguh kejam!
9. Dia suka menonton VCD lucah dan tanpa segan silu menunjukkan majalah lucah kepada kekasihnya. EEEEEEEIIIII!
10. Dia sentiasa mengeluarkan kata-kata kesat apabila bergaduh dengan kekasihnya. Mungkin dia menganggap bahawa insan yang berada di hadapannya itu bukan kekasih namun hanya kawan-kawannya sahaja.
11. Dia tidak mengingati nama bapa kekasihnya sedangkan hubungan percintaan sudah menjangkau 3 tahun. Memang tidak boleh dijadikan menantu.
12. Si dia tidak membenarkan kekasihnya membelek-belek telefon bimbitnya. Malah, setiap kali SMS masuk, dia membalas SMS tersebut secara rahsia walaupun kekasihnya berada di sisi.
13. Dia mempersendakan bau badan kekasihnya. Apa salahnya sekiranya dia menegur kekasihnya dengan baik, bukan?
14. Dia akan menukar topik perbualan sekiranya kekasihnya menyentuh isu kehidupan berkeluarga bersamanya. Lelaki jenis ini sememangnya jenis yang tidak ada komitmen dalam hubungan.
15. Si dia memarahi kekasihnya sekiranya kekasihnya tidak mahu menyerahkan tubuh badan kepadanya. Tidak layak dijadikan suami!
16. Dia sibuk melayan perempuan lain. Apabila ditanya, dia akan menjawab bahawa perempuan-perempuan itu hanya kawan. Sedangkan apabila kekasihnya berkawan dengan lelaki lain, dia akan memarahi kekasihnya walaupun dia tahu bahawa lelaki-lelaki itu hanya kawan sahaja.
17. Dia seorang yang pengotor dan malas mandi. Malah bau badannya sudah cukup memualkan.
18. Dia sentiasa sibuk dengan kehidupannya sehingga mengabaikan kekasihnya walaupun kekasihnya berada dalam keadaan tertekan namun apabila dia berada dalam keadaan tertekan, dia mengharapkan kekasihnya setia berada di sisinya. Tidak adil!
19. Walaupun kekasihnya meminjam wang sebanyak RM10 daripadanya, dia tetap akan mengungkitnya sehingga kekasihnya membayar semula wangnya itu. Kedekut!
20. Dia menabur janji untuk hidup bersama dengan kekasihnya namun apabila bertemu dengan perempuan yang lebih seksi, dia terus melupakan janjinya itu. Sepatutnya lelaki ini tidak akan bahagia di dunia dan di akhirat.
Sumber: Peja94
0 Response to "PEHHH!! Inilah 20 Perangai Lelaki Yang Susah Dimaafkan Wanita!"
Post a Comment