ADA
begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan
arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati
dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita
dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan istri.
Siapa saja mereka?
Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh lelaki, dan jangan jadikan sebagai isterinya:
1. Wanita
“Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan
suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.
2. Wanita
“Mananah” : wanita yang suka menidakkan usaha dan jasa suami, akan
tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk
membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan
untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau
berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita
“Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas
suaminya dahulu) yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak
dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami
yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini
tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri
nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan
suaminya.
4. Wanita
“Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya
untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita
seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mahu.
Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nunjuk.
5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a. Pertama :
wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias
diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka
melawan. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang
kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia
kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam
kumpulan itu, orang lain tidak boleh melebihi dari dirinya.
b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali diasingkan dengan yang lain dan disendirikan bahagiannya.
6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.
[Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali]
0 Response to "6 Wanita Yang Tak Boleh Dijadikan Isteri "
Post a Comment