Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
“Islam bermula sebagai
sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana
permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang
yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145].
Orang-Orang Ganjil Yang Beruntung
Beruntunglah manusia
yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman
berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih
fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan
ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang
tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.
Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?
Ketika ramai orang di
sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung
disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain
semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih
mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa,
diperlekehkan. Pernahkah??
Ketika ramai kawan-kawan
menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini, huhahuha
dengan lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton
wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat
malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang
dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Anda Pelihara Mukadimah Zina.
Anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama
teman. Pernahkah anda lalui semua ni?
Tatkala orang semakin
menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat,
bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri,
tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan
anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh
kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari
ini?
Saat zina dan arak
berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin
melata, tapi anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda
dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda punya pengalaman sebegini??
Jika PERNAH, maka berbahagialah!
Jika anda pernah berasa
asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh
kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah
khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa
sallam.
Wallahuaklam.
*Sumber dari iislamku.blogspot.com
0 Response to "Orang-Orang Ganjil Yang Beruntung Di Akhir Zaman "
Post a Comment