Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang
pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk
pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan
belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga
bahagian-bahagian Tembok Atlantik.
The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan
Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di
Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini
adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan
ketinggian 107 meter di atas paras laut.
Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini
kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih
daripada satu juta pelawat setiap tahun.
Buat pengatahun korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan,
kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan
kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter). Sepanjang 57
tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter
memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.
0 Response to "SUBHANALLAH!! Misteri Gurun Pasir Bergerak Menelan Sebahagian Daripada Hutan!! (6 gambar)"
Post a Comment