KISAH SEBENAR Disebalik KUBUR BERPAGAR Allahyarham Nik Aziz Yang Sangat MENGEJUTKAN






Keluarga Allahyarham Nik Aziz Nafi Pagar Di Kubur Ini Dibina Pihaknya.. Susulan daripada tersebarnya gambar yang memaparkan kubur telah dibina pagar bertutup, anak kepada Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menafikan dakwaan kononnya ia memang sengaja dipasang oleh ahli keluarganya.

Anak lelaki Allahyarham, Nik Mohamad Abduh menyatakan pagar tersebut telah dipasang oleh penduduk kampung yang juga bekas murid Allahyarham Nik Aziz tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

“Saya ingin menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami sekeluarga.

“Tujuannya baik iaitu untuk mengelak perbuatan bidaah yang jahil bertentangan ajaran Islam, seperti mengambil tanah untuk tujuan berkat yang hakikatnya adalah sesat,” katanya.

Walaupun orang yang memasang binaan tersebut bertujuan baik tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan binaan tersebut dan telah membuat keputusan untuk memindahkan pagar tersebut pada kadar segera.

“Kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status sementara atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” katanya.

Pihak keluarga akan mengekalkan kubur Allahyarham dengan binaan batu nisan tanpa ada sebarang binaan lain di sekitar kawasan makam tersebut.


sumber

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KISAH SEBENAR Disebalik KUBUR BERPAGAR Allahyarham Nik Aziz Yang Sangat MENGEJUTKAN"

Post a Comment