MENYEDIHKAN! AJAL Anak KEMBAR Dalam KANDUNGAN IBU Terlibat Dalam KEMALANGAN NGERI


Johor Bahru: Seorang wanita kehilangan bayi dalam kandungannya yang berusia lapan bulan dipercayai kembar selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Bukit Indah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, V Kayalvily, 29, dilaporkan cedera dalam kemalangan itu bersama seorang lagi anak perempuannya berusia lima tahun.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kereta Toyota Vios yang mendakwa hendak mengelak seekor anjing masuk ke laluan kanan lalu bertembung dengan Perodua Kancil yang dipandu mangsa.

Suspek Seorang Lelaki telah ditangkap orang ramai selepas cuba melarikan diri.

"Mangsa dan anak perempuannya masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah, manakala bayi dalam kandungan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MENYEDIHKAN! AJAL Anak KEMBAR Dalam KANDUNGAN IBU Terlibat Dalam KEMALANGAN NGERI"

Post a Comment