5 Tabiat WANITA AKHIR ZAMAN Yang Anda PASTI Tidak Akan TERKEJUT Mengetahui NYA!


Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar 
menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.
Tetapi kebanyakkan wanita Melayu yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, 
kaki terdedah. Macam mana tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen 
bertudung tetapi moden ini.

Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, 
“kenapa?”.

Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita Melayu yang terpesong dalam zaman moden ni.

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi 
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. 
Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkanlurah dendam “neraka” 
depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah 
semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan 
kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah 
tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut 
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang 
diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Memang 
ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai 
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. 
Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang 
kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar 
benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki 
Persahabatan antara lelaki Melayu dan perempuan Melayu tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut 
batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, 
apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. 
Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan 
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan
 maruah kita sebagai seorang Islam Melayu. Memang dalam perkara ini kaum lelaki Melayu juga bersalah 
kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian
 ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara
 rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Cuma aku rasa agak sedih dengan ciri-ciri 
gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara 
penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual.

Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. 
Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang 
membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus.


sumber : selongkar

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Tabiat WANITA AKHIR ZAMAN Yang Anda PASTI Tidak Akan TERKEJUT Mengetahui NYA!"

Post a Comment